DESIGN

Followers

Monday, February 14, 2011

_::NO ValenTine's YES Maulidur Rasul ::_


Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian. Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka. Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.’ Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut. Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine’ sesama pasangan mereka. Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

“Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. “Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,” kata beliau. Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. “Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,” kata beliau.


Me says : ermm..bg as kan,semua ni xpnting,buat ape kite nk sambut bnde ni semua,bkn leh untung pun,dpt dosa ade la….so kepada psangan kekasih smua,jgn la kite menambahkan dosa free,huhuhu…as pun xpernh sambut hari kekasih nih cz as single lagi,haahahahah….Cuma tgk2 jer la psangan len,wowwww…best nyerr dirg dah berpasangan,as msih single lagi,leh caye ke????ermmm..nth la,ade jugak perasaan C.I.N.T.A yg muncul dalam diri as,tp as xthu nape,lau as suke org tu msti de hal tertentu yg boleh buat as jd xsuka…huhuh….kene bgtau jugak ke???xyah la erk,biarlah jadi rahsia kite semua…heheheh…..tp bg as smua nh,xpnting,cz kite berpasangan ke x ke,xkan rugi nyer,bkn mati pun,as suke hidup single buat mase skung…hahahaha……Pertemuan & Jodoh itu adelah Ketentuan Tuhan,Kite hnyer Merancang………

*Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak di hatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku

*Daripada Kita Pacaran
Lebih Baik Kita Shalawatan
Daripada Kita Berduaan
Nanti Bakal Di Hasut Setan



Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.)

Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.


***Kesempatan ini juga as ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL kepada semua Umat Islam……tibanya bulan Rabi’ulawwal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia sama-sama mengingati tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran dan kebangkitan junjungan besar nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul akhir zaman telah membawa sinar bahagia kepada manusia dan rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan dan hidup bermusuhan antara satu sama lain.

Say "NO" to V̶a̶l̶e̶n̶t̶i̶n̶e̶s̶ and say "YES" to Maulidur Rasul :)

2 comments:

  1. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://ting-tong99.blogspot.com
    http://hasmeehaslina.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Kajang Pak Malau kajang berlipat,
    Kajang hamba mengkuang layu,
    Dagang Pak Malau dagang bertempat,
    Dagang hamba Tumpang lalu

    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

    ReplyDelete
  2. thanks cz sudi komen as punye blog....
    berkawan biar sejuta,
    i follo u:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...